Tuesday, May 6, 2014

Sebelum Bersalin

Ya allah, dah lama sangat tak menaip untuk blog ni. Sampai dah bersalin pun dan baby dah berusia 10 bulan. tapi hari ni nak recall balik apa yang terjadi masa bersalin hari tu.

Due date Dr bagi adalah apada 29 Jun 2013. Tetapi bersalin pada 24 Jun 2013. Awal seminggu semasa baby dalam kandungan berusia 39 minggu. Tak apa, baby dah matang dan telah bersedia untuk keluar melihat dunia. Ceritanya bermula macam ni.

22 Jun 2013, hari sabtu. Bangun dan mandi macam biasa tetapi saya nampak ada discharge lendir yang banyak pada panties saya. Lendir jernih dan tiada bau. Saya dah berdebar sbb saya rasa ini petanda dah nak bersalin. Tetapi tak ada rasa contraction. Suami terkejut dan trus bangun dari katil, dia kata siap cepat kita balik KL. Dalam hati yes! dapat bersalin kat PPUM..hahaha. 

Malam tu saya call mak tanya macam mana. Mak kata tunggu sampai rasa sakit. Lepas tu, Mak Cik saya yang nurse pulak call saya. Cepat betul berita tersebar. Dia bagi nasihat dan petanda-petanda nak bersalin. Lepas tu nenek pula call. Dia pesan dah nak dekat bersalin tu boleh minum air kelapa muda. Selama mengandung ni saya memang pantang air kelapa dan air batu. memang tak boleh minum. Masa tu juga suami keluar belikan air kelapa. Saya minum lah dengan seronoknya sebab memang dah lama teringin nak minum air kelapa.

Pagi esok, 23 Jun 2013, bangun tidur dan masuk toilet tengok ada discharge sedikit darah dan ada sedikit air yang keluar. Saya pun tak pasti sama ada tu air ketuban atau bukan. Suami suruh bersiap nak pegi hospital. Tapi sebelum tu sarapan dulu. Mak mertua siapkan telur untuk tambah tenaga untuk bersalin nanti. Makan banyak juga. Terus bertolak ke PPUM. Parking senang sebab masih pagi dan hari Ahad. Orang tak ramai.

Terus naik ke tingkat 3, wad bersalin. Perbualan dengan orang di kaunter macam ni;

Staff : Kenapa datang ye:
Saya : ada discharge lendir dan darah.
Staf : ada sakit tak?
Saya : Tak ada.
Staf : patutnya tunggu sakit dulu sebab kalau dah datang ni kena tahan kat wad terus. Tak boleh balik selagi belum bersalin. Pergi masuk bilik tu dan salin baju ni.

Saya redha je lah, dah kena masuk wad. Salin baju hospital warna pink. Baju yang saya pakai tadi bagi suami bawa balik. Suami tak boleh tunggu di tingkat 3 tu. Dia kena tunggu di floor bawah. Sebelum berpisah tu suami suruh minum air selusuh. Saya kata, boleh ke minum ni. tak sakit nak bersalin lagi. Suami kata, minum je lah sikit.hahaha.masing-masing tak tau nak buat apa. Lepas suami turun, saya masuk ke bilik. Dr datang ambil keterangan dan pasang CTG. Kena seluk juga tetapi bukaan baru 1 cm. Nurse tolak saya dengan wheelchair ke wad sebelum bersalin, tingkat 6 kalau tak silap.

Kemudian suami datang bawak barang-barang dan melepak kejap selagi tak tamat waktu melawat. Adik juga ada datang melawat. habis waktu melawat, suami turun bawah sampai lah waktu melawat petang pula. Kami melepak lagi dalam wad. Saya dah mula rasa contraction yang kerap. Tapi boleh tahan lagi. Sambil makan-makan, borak-borak saya menahan contaraction. Habis waktu melawat petang tu, suami balik ke rumah. Tiba waktu malam, saya dah mula rasa contaraction yang kerap sangat dan sakit. Saya mengerang sedikit sehingga nurse yang check orang sebelah dengar. Nurse cakap, " kejap ye, saya panggilkan Dr."
Lama juga Dr ni nak datang. menahan lah contraction tu sorang. Then, Dr datang dan seluk. Bukaan dah 4 cm, boleh bawa turun ke labour room. Nurse suruh pergi toilet dulu buang apa yang patut. masuk je toilet nak duduk terus air ketuban keluar.basah jugak lah kain. cepat-cepat selesaikan dan keluar sambil menahan contaraction. telefon suami bagitahu dah nak bersalin. waktu tu pukul 12.30 pm.

Saya ditolak dengan wheelchair ke labour room tingkat 3. terus baring di katil dan dipasang CTG. ada 2 orang Dr dan empat orang nurse. Dr seluk lagi dan bagitahu dah 8 cm. Boleh teran sekarang sebab bacaan CTG tak cantik. Saya meneran bila disuruh. Dr membantu saya dengan menyeluk di bahagian bawah dan menolak sedikit perut saya. Nurse pula memberi sokongan moral..hahaha. kelakar juga time ni. Saya meneran lagi dan Dr menggunting sedikit untuk mengelakkan koyakan menjadi besar. Tapi yang ajaibnya, saya tak rasa sakit walau sikit pun. Tidak sakit contraction dan juga tidak sakit kena gunting. Cuma sakit sebab kena meneran dengan kuat. Saya meneran lagi sehingga keluarlah bayi seberat 2.9 kg pada pkul 1.44 pagi, 24 Jun 2013.. Alhamdulillah, Allah memudahkan perjalanan saya melahirkan seorang lagi umat islam di bumi ini.

Saya nampak baby saya diletakkan di dalam baby coat sementara untuk dibersihkan. kemudian dibagi pada saya untuk first latch breastfeeding. Memang tiada setitis pun yang keluar, dan saya nampak baby saya tak pandai nak latch lagi. Tapi tak apa, saya dah dapat skin to skin dengan dia. hampir menangis melihat baby kecil dalam pelukan. Nurse ambil baby dan bawa keluar untuk dibersihkan. Saya pula redha perlu dijahit. Rupanya dijahit lagi sakit dari bersalin. Tapi sambil kena jahit tu borak-borak juga dengan Dr. Siap dijahit, saya ditolak ke wad selepas bersalin.


Gambar baby selepas dibersihkan...Comel anak mama :)

No comments:

Post a Comment