Adalah dalam 1 jam saya baring di katil menunggu baby saya. Nak telefon suami, handphone entah ke mana. Nak tidur, rasa tak sabar nak tengok baby.hehe..Then, nurse datang bawak baby dalam baby coat. terus suruh breastfeed kan baby. Walaupun saya yakin tiada susu yang keluar, tapi baby saya hisap juga. memnag kekok, dan saya mengaku tak pandai nak breastfeed kan baby. Tambah pula di tangan nurse tu cucukkan something untuk masuk air. Tapi tak perlu pun tak apa. Benda tu menyakitkan tangan saya dan susah saya nak dukung baby dengan betul. Rasa nak menangis sebab kena handle sorang-sorang. Cepatlah siang so that suami boleh datang melawat.
pagi tu, dah cerah. Nurse semua tengah sibuk check ibu dan baby. Saya disuruh pergi ke toilet dan buang air. Untuk tengok samaada boleh membuang dengan normal atau tak selepas bersalin. saya ke toilet dengan bantuan nurse. Rasa terhuyung-hayang berjalan ke toilet. Alhamdulillah, saya boleh membuang seperti biasa. Baby pula telah membuang air besar. Tapi masalahnya saya tak bawa pula baby wipes. terlupa nak masukkan dalam beg hospital. Saya minta tolong nurse yang cucikan. Patutnya semua tu ibu yang kena buat sendiri tau. PPUM mementingkan ibu dan anak duduk bersama di dalam wad dan uruskan sendiri. Kalau nak minta bantuan tu boleh lah, tapi bukan macam certain hospital yang semuanya nurse yang uruskan. Saya mengaku memang payah untuk uruskan baby sendiri. Pertama kali, tiada pengalaman. Tangan sakit nak angkat baby, sampai ada sekali tu saya tak susukan baby walaupun dia menangis. saya pujuk-pujuk sahaja. memang tak larat nak angkat baby. Lambatnya waktu melawat.
Suami datang, bawa beg yang nurse simpan sebelum bersalin semalam. Handphone pun dah dapat. Banyak mesej dan miss called. Lega bila nampak suami. Saya tengok baby tengah tidur. Comelnya dia, kecil, putih, kulit bersih dan berambut lebat. banyak kali saya ulang pada suami, "comelkan baby kita". Dia pun layan kan aja..hahaha. pada mak dan abah, saya bagitahu tak payah lah datang sebab jauh. lagipun nanti nak balik ke Pahang juga. Tengah hari, Mak dan Ayah mertua datang melawat. Mak bawa nasi lauk ikan bilis dan lada hitam tumbuk. Walaupun itu sahaja, tapi saya rasa sedap sangat..hehe..Makanan hospital, adik yang habiskan. Semua melepak dalam wad sampai lah tamat waktu melawat.
Petang tu adik dan suami datang lagi. Main-main dengan baby, ambil gambar, kacau baby. Nasib baik tak menangis je baby. Murse datang check blood pressure. Katanya sedikit tacky. Kalau macam ni lagi tak boleh keluar wad. Saya disuruh minum air masak banyak. Disebabkan nak keluar jugak wad hari tu, saya banyakkan bergerak dan minum air masak. Dalam pkul 7 petang barulah nurse bagitahu saya boleh keluar. Tak sabar nak balik rumah dan jaga baby di rumah. Masa nurse datang, saya bertanya tentang breastfeeding. Saya menangis sebab tiada susu yang keluar dan saya tengok baby kelaparan. Saya rasa bersalah kepada baby sebab membiarkan dia tidak menyusu hanya kerana tangan yang sakit, tidak pandai breastfeeding dan tiada susu yang keluar. Memang pedih dan sakit hati ini bila teringat semula. Nurse tu nasihatkan saya, teruskan breastfeeding nanti lama-lama susu akan keluar. Baru lega bila boleh luahkan pada orang yang memahami.
Benda yang dipasang pada tangan saya dicabut. Baru hilang rasa sakitnya dan baru boleh dukung baby dengan betul. Saya peluk dia sepanjang jalan keluar hospital sambil suami tolak wheelchair. Mujur ada adik untuk menolong ambil kereta di carpark. Dalam kereta, cuma ada saya, baby dan adik. Suami bawa motor masa dia datang ke hospital petang tadi. Sedih rasa sebab tiada orang tua yang teman. Mak abah di Pahang, mak mertua kerja shif malam. Sampai dirumah, suami siapkan tempat tidur saya dan baby. Kami tidur di bawah sahaja sebab mana boleh naik tangga lepas bersalin. Baringlah kami kat ruang tamu tu.
Bila ingat balik, saya tak tidur lagi lepas melahirkan baby semalam. Dah sampai rumah barulah rasa nak tidur. Episod menjaga baby bermula pada malam tu. Daripada tak tahu apa-apa sehinggalah sekarang saya dah pandai nak uruskan baby..hehehe..

No comments:
Post a Comment