Friday, May 31, 2013

Kronologi Pemeriksaan Kandungan-3

Kejap je kandungan dah masuk 7 bulan..kalau ikutkan, lebih kurang 3 bulan lagi akan bersalin. Tapi sebelum bersalin tu, nak sambung cerita pengalaman checkup.

8 April 2013

Pemeriksaan bulanan yang keenam
Minggu : 28 minggu
Berat Badan : 45 kg
HB : 10.4 g/dL
Tekanan darah : 90/60
Tinggi rahim : 28 cm
Urine : Normal
Degupan jantung bayi : 146/min

Hari ni checkup untuk 7 bulan. Bacaan HB masih rendah. Tapi nurse tu relax je sebab memang normal darah ibu akan jadi cair tapi kena pastikan bacaan tu tidak turun dengan mendadak sehingga mencapai tahap anemia. bahaya untuk ibu dan juga bayi kerana boleh mengakibatkan kematian kedua-duanya. Gerun bila dengar. Nurse ada bagi phamplet berkaitan kurang darah semasa hamil. kena ambil masa dan baca. lepas ni kena usaha tambahkan HB dalam darah. hari ni juga, nurse dah start dengar degupan jantung baby menggunakan daptone. Bacaannya okay, tiada masalah.

Saya dirujuk doktor untuk melihat keputusan terhadap sample urin dan najis yang dihantar. Juga tiada masalah Semuanya normal. Oleh sebab itu, doktor tingkatkan dos ferrous fumarate sebanyak 4 biji sehari. 2 biji x 2 kali. Banyak kan. telan saja lah, yang penting kesihatan saya dan baby. Bila dah capai 28 minggu kehamilan, pemeriksaan bulanan akan menjadi pemeriksaan 2 minggu sekali. jadinya, setiap 2 minggu lah kena datang klinik dan check perut. Juga sudah mula untuk membuat carta pergerakan bayi. Dalam masa 12 jam bermula pukul 9 pagi sehingga 8 malam, pergerakan bayi mesti cukup 10 kali. kalau lebih tak apa, jangan kurang. pergerakannya pula mesti yang kuat. kalau perlahan tu tak dikira ya.


Ini carta pergerakan baby saya. Setiap hari kena buat tau...

Selepas selesai sesi dengan nurse, kena jumpa doktor untuk scan. Kat sini x de lah scan untuk tahu jantina, cuma untuk mengetahui tahap kesihatan dan kedudukan baby dalam perut..Masa ni berat baby saya adalah 1.3 kg +/- 0.2 kg. Owh ya, hari ni juga ambil suntikan ATT dos yang kedua. Suntikan kali ni x berapa sakit sangat dan lenguh tangan pun tak lama. Mungkin dah lali masa pertama kali dulu. Yang lain semuanya okay. Alhamdulillah.

22 April 2013

Pemeriksaan 2 kali seminggu
Minggu : 30 minggu
Berat Badan : 45.7 kg
Tekanan darah : 100/60
Tinggi rahim : 30 cm
Urine : Normal
Degupan jantung bayi : 142/min

Hari ni tak ambil darah. Cuma check perut sahaja. Tekanan darah, berat dan urine macam biasa. Nurse bagi penerangan ringkas berkenaan penyusuan susu ibu. Dalam hati memang dah bertekad nak susukan baby sampai 2 tahun. Tak pe, berjaya atau tidak biar masa yang tentukan. Yang penting dah ada azam dan semangat...hehhee...

27 April 2013

Pemeriksaan  @ Lawatan ke rumah
Minggu : 31 minggu
Tekanan darah : 100/60
Tinggi rahim : 30 cm
Urine : Normal
Degupan jantung bayi : 130/min

Haaa..yang ni memang tak disangka-sangka. Tengah kami suami isteri bersiap nak balik KL, tiba-tiba ada kerete berhenti depan rumah. keluarlah seorang berpakaian seragam putih dan muka memang saya kenal.Owh, nurse klinik rupanya. Dia datang untuk buat lawatan ke rumah dan juga pemeriksaan ibu. kat ruang tamu tu juga kena baring dan dia buat prosedur macam kat klinik. Ukur perut, check tekanan darah, dengar degupan jantung baby. Memang bagus klinik kat sini, siap datang rumah. Prosedur mungkin...


7 Mei 2013

Pemeriksaan bulanan yang ketujuh
Minggu : 32 minggu
Berat Badan : 45.3 kg
HB : 10.6 g/dL
Tekanan darah : 90/50
Tinggi rahim :32 cm
Urine : Normal
Degupan jantung bayi : 142/min

Bacaan HB naik lah sikit dari bulan lepas. Tapi....ada masalah lain. Mungkin disebabkan cuaca yang sangat panas sekarang, tahap kesihatan saya tidak memuaskan. Batuk dan selesema berlarutan selama 3 minggu. Oleh sebab itu, doktor minta saya bagi sample kahak untuk kenalpasti masalah. nurse dengan doktor kat sini sangat lah particular dengan benda-benda macam ni. Macam-macam sample dia minta kita bagi.Kali ni kahak pula dah..adoi..Kerana baby ku turutkan. masuk toilet keluarkan kahak dan bagi. Esoknya kena hantar 2 lagi sample kahak.

Pengambilan ubat seperti biasa. 4 biji ferrous fumarate dalam sehari dan yang lainnya sebiji sehari. Masalah lain tiada :)...Alhamdulillah.

20 Mei 2013

Pemeriksaan 2 kali seminggu
Minggu : 34 minggu
Berat Badan : 45.8 kg
Tekanan darah : 90/50
Tinggi rahim :34 cm
Urine : Normal
Degupan jantung bayi : 138/min

Macam biasa, pemeriksaan 2 minggu sekali tak ambil darah. Cuma check perut, urine, tekanan darah dan berat. Hari ni kena rujuk doktor untuk review keputusan berkaitan sample kahak (sputum) yang dihantar. Keputusannya, tiada masalah atau negative. lagipun batuk dan selsema saya dah semakin okay.

Fuhhh...habis juga update kisah pemeriksaan kandungan di klinik kesihatan ni. Saya masih teruskan pemeriksaan cuma next checkup adalah pada 3 Jun 2013. So, lepas tu baru boleh update lagi. Masa tu kandungan dah 9 bulan. Bila-bila je boleh bersalin ni..

Okaylah, nanti cerita lagi..

Thanks.

No comments:

Post a Comment