Macam tajuk lagu..tetapi tersentuh sangat hati ini bila melihat perempuan yang meminta sedekah sambil anaknya sedang menyusui ibunya. Ceritanya macam ni.
Semalam saya pergi ke pasar malam dengan suami. Sambil jalan-jalan tengok makanan ternampak seorang perempuan meminta sedekah. Dia duduk di antara khemah-khemah peniaga. Mungkin kalau dia seorang, saya kurang rasa sedihnya. tetapi air mata terus mengalir bila nampak ada anak yang sedang menyusu dengan perempuan tu. Automatik air mata mengalir. Dalam kepala terus teringat baby MDZ. tak tau lah macam mana nak describe. tapi saya membayangkan macam baby MDZ yang tengah menyusu tu. Simpati pada anak itu. Mungkin kalau anak itu duduk je dengan perempuan tu saya tak kan sedih sangat, tapi melihat anak itu di pangkuan emaknya dan sedang menyusu buat hati saya rasa sayu sangat. Mengalir deras air mata ini. Tak kisah dah orang pandang ke tak masa tu, saya mengangis je kat pasar malam tu. Mujur ada suami untuk saya sorokkan muka sikit. Saya dah fikir dah, nak belikan makanan dan bagi duit pada perempuan tu, tapi saya tak dapat nak buat sebab terlalu sedih dan rasa hati ni macam dicarik-carik.
Masa on the way nak patah balik, saya nampak ada minuman dan makanan dekat perempuan tu. mungkin ada insan yang prihatin membantu memberi rezeki kepada mereka. Saya nampak, anak itu telah selesai menyusu dan maknya menyuap kan makanan kepadanya. Alhamdulillah. Saya janji, kalau saya jumpa lagi mereka saya kan belikan makaan dan sedekahkan duit kepada mereka. Tak kisahlah kalau mereka ada sindiket sekalipun, tetapi yang penting bila bagi makanan, anak itu dapat kenyang perutnya. Duit tu, lantaklah kalau ada dalang yang akan mengambilnya.
Sebab tu, "kalau aku kaya", saya nak bantu baby dan anak yang susah. Saya nak berikan kesenanagan pada mereka supaya kehidupan kanak-kanak mereka lebih bermakna. Supaya mereka dapat membesar dengan seronok dan hanya memori indah sahaja yang menemani mereka sewaktu mereka dewasa nanti. Tak nak dah ada kes anak-anak kena hidup susah dan seterusnya beri kesan pada hidup mereka bila dah besar nanti. Yang penting saya nak baby dan kanak-kanak berasa selamat. Semoga Allah memberikan aku rezeki dan ruang untuk aku berbakti kepada anak-anak kecil ini. Ya Allah....
Memang semenjak dah ada baby MDZ ni, apa- apa perkara yang berkaitan baby saya akan jadi sangat sensitif. mudah sangat mengalirkan air mata. Selalu tengok video baby dan anak di dera. Tak sanggup nak tengok tapinya perasaan ingin tahu lebih kuat. Jadinya, tengok juga lah video tersebut. Penyudahnya, mengangis sampai bengkak-bengkak mata. Kepala membayangkan kalau baby MDZ yang diperlakukan macam tu, hancur ranap lah hati saya.
Semoga dijauhkan daripada perkara sedemikian dan semoga anak-anak kecil di bumi ini dilindungi oleh Allah. Ya Allah, engkau berikanlah perlindungan kepada insan yang tidak berdosa itu dan engkau kurniakanlah kebahagian kepada mereka. Amin.