Thursday, May 8, 2014

Kalau Aku Kaya & Berkemampuan

Macam tajuk lagu..tetapi tersentuh sangat hati ini bila melihat perempuan yang meminta sedekah sambil anaknya sedang menyusui ibunya. Ceritanya macam ni.

Semalam saya pergi ke pasar malam dengan suami. Sambil jalan-jalan tengok makanan ternampak seorang perempuan meminta sedekah. Dia duduk di antara khemah-khemah peniaga. Mungkin kalau dia seorang, saya kurang rasa sedihnya. tetapi air mata terus mengalir bila nampak ada anak yang sedang menyusu dengan perempuan tu. Automatik air mata mengalir. Dalam kepala terus teringat baby MDZ. tak tau lah macam mana nak describe. tapi saya membayangkan macam baby MDZ yang tengah menyusu tu. Simpati pada anak itu. Mungkin kalau anak itu duduk je dengan perempuan tu saya tak kan sedih sangat, tapi melihat anak itu di pangkuan emaknya dan sedang menyusu buat hati saya rasa sayu sangat. Mengalir deras air mata ini. Tak kisah dah orang pandang ke tak masa tu, saya mengangis je kat pasar malam tu. Mujur ada suami untuk saya sorokkan muka sikit. Saya dah fikir dah, nak belikan makanan dan bagi duit pada perempuan tu, tapi saya tak dapat nak buat sebab terlalu sedih dan rasa hati ni macam dicarik-carik.

Masa on the way nak patah balik, saya nampak ada minuman dan makanan dekat perempuan tu. mungkin ada insan yang prihatin membantu memberi rezeki kepada mereka. Saya nampak, anak itu telah selesai menyusu dan maknya menyuap kan makanan kepadanya. Alhamdulillah. Saya janji, kalau saya jumpa lagi mereka saya kan belikan makaan dan sedekahkan duit kepada mereka. Tak kisahlah kalau mereka ada sindiket sekalipun, tetapi yang penting bila bagi makanan, anak itu dapat kenyang perutnya. Duit tu, lantaklah kalau ada dalang yang akan mengambilnya.

Sebab tu, "kalau aku kaya", saya nak bantu baby dan anak yang susah. Saya nak berikan kesenanagan pada mereka supaya kehidupan kanak-kanak mereka lebih bermakna. Supaya mereka dapat membesar dengan seronok dan hanya memori indah sahaja yang menemani mereka sewaktu mereka dewasa nanti. Tak nak dah ada kes anak-anak kena hidup susah dan seterusnya beri kesan pada hidup mereka bila dah besar nanti. Yang penting saya nak baby dan kanak-kanak berasa selamat. Semoga Allah memberikan aku rezeki dan ruang untuk aku berbakti kepada anak-anak kecil ini. Ya Allah....

Memang semenjak dah ada baby MDZ ni, apa- apa perkara yang berkaitan baby saya akan jadi sangat sensitif. mudah sangat mengalirkan air mata. Selalu tengok video baby dan anak di dera. Tak sanggup nak tengok tapinya perasaan ingin tahu lebih kuat. Jadinya, tengok juga lah video tersebut. Penyudahnya, mengangis sampai bengkak-bengkak mata. Kepala membayangkan kalau baby MDZ yang diperlakukan macam tu, hancur ranap lah hati saya.

Semoga dijauhkan daripada perkara sedemikian dan semoga anak-anak kecil di bumi ini dilindungi oleh Allah. Ya Allah, engkau berikanlah perlindungan kepada insan yang tidak berdosa itu dan engkau kurniakanlah kebahagian kepada mereka. Amin.


Tuesday, May 6, 2014

Sambung semula.........


Adalah dalam 1 jam saya baring di katil menunggu baby saya. Nak telefon suami, handphone entah ke mana. Nak tidur, rasa tak sabar nak tengok baby.hehe..Then, nurse datang bawak baby dalam baby coat. terus suruh breastfeed kan baby. Walaupun saya yakin tiada susu yang keluar, tapi baby saya hisap juga. memnag kekok, dan saya mengaku tak pandai nak breastfeed kan baby.  Tambah pula di tangan nurse tu cucukkan something untuk masuk air. Tapi tak perlu pun tak apa. Benda tu menyakitkan tangan saya dan susah saya nak dukung baby dengan betul. Rasa nak menangis sebab kena handle sorang-sorang. Cepatlah siang so that suami boleh datang melawat.

pagi tu, dah cerah. Nurse semua tengah sibuk check ibu dan baby. Saya disuruh pergi ke toilet dan buang air. Untuk tengok samaada boleh membuang dengan normal atau tak selepas bersalin. saya ke toilet dengan bantuan nurse. Rasa terhuyung-hayang berjalan ke toilet. Alhamdulillah, saya boleh membuang seperti biasa. Baby pula telah membuang air besar. Tapi masalahnya saya tak bawa pula baby wipes. terlupa nak masukkan dalam beg hospital. Saya minta tolong nurse yang cucikan. Patutnya semua tu ibu yang kena buat sendiri tau. PPUM mementingkan ibu dan anak duduk bersama di dalam wad dan uruskan sendiri. Kalau nak minta bantuan tu boleh lah, tapi bukan macam certain hospital yang semuanya nurse yang uruskan. Saya mengaku memang payah untuk uruskan baby sendiri. Pertama kali, tiada pengalaman. Tangan sakit nak angkat baby, sampai ada sekali tu saya tak susukan baby walaupun dia menangis. saya pujuk-pujuk sahaja. memang tak larat nak angkat baby. Lambatnya waktu melawat.

Suami datang, bawa beg yang nurse simpan sebelum bersalin semalam. Handphone pun dah dapat. Banyak mesej dan miss called. Lega bila nampak suami. Saya tengok baby tengah tidur. Comelnya dia, kecil, putih, kulit bersih dan berambut lebat. banyak kali saya ulang pada suami, "comelkan baby kita". Dia pun layan kan aja..hahaha. pada mak dan abah, saya bagitahu tak payah lah datang sebab jauh. lagipun nanti nak balik ke Pahang juga. Tengah hari, Mak dan Ayah mertua datang melawat. Mak bawa nasi lauk ikan bilis dan lada hitam tumbuk. Walaupun itu sahaja, tapi saya rasa sedap sangat..hehe..Makanan hospital, adik yang habiskan. Semua melepak dalam wad sampai lah tamat waktu melawat.

Petang tu adik dan suami datang lagi. Main-main dengan baby, ambil gambar, kacau baby. Nasib baik tak menangis je baby. Murse datang check blood pressure. Katanya sedikit tacky. Kalau macam ni lagi tak boleh keluar wad. Saya disuruh minum air masak banyak. Disebabkan nak keluar jugak wad hari tu, saya banyakkan bergerak dan minum air masak. Dalam pkul 7 petang barulah nurse bagitahu saya boleh keluar. Tak sabar nak balik rumah dan jaga baby di rumah. Masa nurse datang, saya bertanya tentang breastfeeding. Saya menangis sebab tiada susu yang keluar dan saya tengok baby kelaparan. Saya rasa bersalah kepada baby sebab membiarkan dia tidak menyusu hanya kerana tangan yang sakit, tidak pandai breastfeeding dan tiada susu yang keluar. Memang pedih dan sakit hati ini bila teringat semula. Nurse tu nasihatkan saya, teruskan breastfeeding nanti lama-lama susu akan keluar. Baru lega bila boleh luahkan pada orang yang memahami.

Benda yang dipasang pada tangan saya dicabut. Baru hilang rasa sakitnya dan baru boleh dukung baby dengan betul. Saya peluk dia sepanjang jalan keluar hospital sambil suami tolak wheelchair. Mujur ada adik untuk menolong ambil kereta di carpark. Dalam kereta, cuma ada saya, baby dan adik. Suami bawa motor masa dia datang ke hospital petang tadi. Sedih rasa sebab tiada orang tua yang teman. Mak abah di Pahang, mak mertua kerja shif malam. Sampai dirumah, suami siapkan tempat tidur saya dan baby. Kami tidur di bawah sahaja sebab mana boleh naik tangga lepas bersalin. Baringlah kami kat ruang tamu tu.

Bila ingat balik, saya tak tidur lagi lepas melahirkan baby semalam. Dah sampai rumah barulah rasa nak tidur. Episod menjaga baby bermula pada malam tu. Daripada tak tahu apa-apa sehinggalah sekarang saya dah pandai nak uruskan baby..hehehe..








Sebelum Bersalin

Ya allah, dah lama sangat tak menaip untuk blog ni. Sampai dah bersalin pun dan baby dah berusia 10 bulan. tapi hari ni nak recall balik apa yang terjadi masa bersalin hari tu.

Due date Dr bagi adalah apada 29 Jun 2013. Tetapi bersalin pada 24 Jun 2013. Awal seminggu semasa baby dalam kandungan berusia 39 minggu. Tak apa, baby dah matang dan telah bersedia untuk keluar melihat dunia. Ceritanya bermula macam ni.

22 Jun 2013, hari sabtu. Bangun dan mandi macam biasa tetapi saya nampak ada discharge lendir yang banyak pada panties saya. Lendir jernih dan tiada bau. Saya dah berdebar sbb saya rasa ini petanda dah nak bersalin. Tetapi tak ada rasa contraction. Suami terkejut dan trus bangun dari katil, dia kata siap cepat kita balik KL. Dalam hati yes! dapat bersalin kat PPUM..hahaha. 

Malam tu saya call mak tanya macam mana. Mak kata tunggu sampai rasa sakit. Lepas tu, Mak Cik saya yang nurse pulak call saya. Cepat betul berita tersebar. Dia bagi nasihat dan petanda-petanda nak bersalin. Lepas tu nenek pula call. Dia pesan dah nak dekat bersalin tu boleh minum air kelapa muda. Selama mengandung ni saya memang pantang air kelapa dan air batu. memang tak boleh minum. Masa tu juga suami keluar belikan air kelapa. Saya minum lah dengan seronoknya sebab memang dah lama teringin nak minum air kelapa.

Pagi esok, 23 Jun 2013, bangun tidur dan masuk toilet tengok ada discharge sedikit darah dan ada sedikit air yang keluar. Saya pun tak pasti sama ada tu air ketuban atau bukan. Suami suruh bersiap nak pegi hospital. Tapi sebelum tu sarapan dulu. Mak mertua siapkan telur untuk tambah tenaga untuk bersalin nanti. Makan banyak juga. Terus bertolak ke PPUM. Parking senang sebab masih pagi dan hari Ahad. Orang tak ramai.

Terus naik ke tingkat 3, wad bersalin. Perbualan dengan orang di kaunter macam ni;

Staff : Kenapa datang ye:
Saya : ada discharge lendir dan darah.
Staf : ada sakit tak?
Saya : Tak ada.
Staf : patutnya tunggu sakit dulu sebab kalau dah datang ni kena tahan kat wad terus. Tak boleh balik selagi belum bersalin. Pergi masuk bilik tu dan salin baju ni.

Saya redha je lah, dah kena masuk wad. Salin baju hospital warna pink. Baju yang saya pakai tadi bagi suami bawa balik. Suami tak boleh tunggu di tingkat 3 tu. Dia kena tunggu di floor bawah. Sebelum berpisah tu suami suruh minum air selusuh. Saya kata, boleh ke minum ni. tak sakit nak bersalin lagi. Suami kata, minum je lah sikit.hahaha.masing-masing tak tau nak buat apa. Lepas suami turun, saya masuk ke bilik. Dr datang ambil keterangan dan pasang CTG. Kena seluk juga tetapi bukaan baru 1 cm. Nurse tolak saya dengan wheelchair ke wad sebelum bersalin, tingkat 6 kalau tak silap.

Kemudian suami datang bawak barang-barang dan melepak kejap selagi tak tamat waktu melawat. Adik juga ada datang melawat. habis waktu melawat, suami turun bawah sampai lah waktu melawat petang pula. Kami melepak lagi dalam wad. Saya dah mula rasa contraction yang kerap. Tapi boleh tahan lagi. Sambil makan-makan, borak-borak saya menahan contaraction. Habis waktu melawat petang tu, suami balik ke rumah. Tiba waktu malam, saya dah mula rasa contaraction yang kerap sangat dan sakit. Saya mengerang sedikit sehingga nurse yang check orang sebelah dengar. Nurse cakap, " kejap ye, saya panggilkan Dr."
Lama juga Dr ni nak datang. menahan lah contraction tu sorang. Then, Dr datang dan seluk. Bukaan dah 4 cm, boleh bawa turun ke labour room. Nurse suruh pergi toilet dulu buang apa yang patut. masuk je toilet nak duduk terus air ketuban keluar.basah jugak lah kain. cepat-cepat selesaikan dan keluar sambil menahan contaraction. telefon suami bagitahu dah nak bersalin. waktu tu pukul 12.30 pm.

Saya ditolak dengan wheelchair ke labour room tingkat 3. terus baring di katil dan dipasang CTG. ada 2 orang Dr dan empat orang nurse. Dr seluk lagi dan bagitahu dah 8 cm. Boleh teran sekarang sebab bacaan CTG tak cantik. Saya meneran bila disuruh. Dr membantu saya dengan menyeluk di bahagian bawah dan menolak sedikit perut saya. Nurse pula memberi sokongan moral..hahaha. kelakar juga time ni. Saya meneran lagi dan Dr menggunting sedikit untuk mengelakkan koyakan menjadi besar. Tapi yang ajaibnya, saya tak rasa sakit walau sikit pun. Tidak sakit contraction dan juga tidak sakit kena gunting. Cuma sakit sebab kena meneran dengan kuat. Saya meneran lagi sehingga keluarlah bayi seberat 2.9 kg pada pkul 1.44 pagi, 24 Jun 2013.. Alhamdulillah, Allah memudahkan perjalanan saya melahirkan seorang lagi umat islam di bumi ini.

Saya nampak baby saya diletakkan di dalam baby coat sementara untuk dibersihkan. kemudian dibagi pada saya untuk first latch breastfeeding. Memang tiada setitis pun yang keluar, dan saya nampak baby saya tak pandai nak latch lagi. Tapi tak apa, saya dah dapat skin to skin dengan dia. hampir menangis melihat baby kecil dalam pelukan. Nurse ambil baby dan bawa keluar untuk dibersihkan. Saya pula redha perlu dijahit. Rupanya dijahit lagi sakit dari bersalin. Tapi sambil kena jahit tu borak-borak juga dengan Dr. Siap dijahit, saya ditolak ke wad selepas bersalin.


Gambar baby selepas dibersihkan...Comel anak mama :)