Wednesday, November 21, 2012

Ice-breaking

Assalamualikum w.b.t

Wah, tajuk post macam tengah dalam team building pula. Nak ice breaking bagai kan..hihihii, Sebenarnya, post ni adalah untuk menceritakan sedikit perihal saya dan suami. Tetapi gambar kami tidak akan diupload kerana ini bukanlah blog untuk kami tetapi untuk si kecil yang bakal lahir ni nanti:)

Kenapa saya kata saya "lucky"? (Oh, sila jangan meluat apabila membaca ya..). Saya diijabkabul bersama suami pada bulan April 2012. Perkenalan saya dan suami selama 4 tahun akhirnya membawa kami kepada pembentukan sebuah keluarga kecil ini. Suami bekerja di Kuala Lumpur, saya pula di sebuah negeri di utara, PJJ lah senang kata. Berjumpa cuma seminggu sekali pada hujung minggu. Alhamdulillah, saya masih dapat bersama suami saya walaupun berjauhan, tidak seperti pasangan lain yang duduknya beberapa ratus kilometer lebih dari kami. Yang kadang-kadang berjumpa hanya sebulan sekali. Sebab itu saya lucky:)

Kami berdua bekerja. Kerjaya yang stabil dan insyaAllah menjamin masa depan kami sekeluarga. Saya dah berazam tidak mahu susahkan suami saya dari segi kewangan kerana saya mampu untuk mengatasinya. Tapi, suami tetap perlu bagi nafkah kan..hihih..Sebab itu saya lucky:)

Selepas 6 bulan honeymoon, kami dianugerahkan rezeki yang lain. rezeki yang sangat besar nilainya, sehingga tidak dapat dibeli dengan wang walaupun sekaya mana pun kita. Ada nyawa lain dalam badan saya sekarang.:) Nyawa ini lah yang bakal melengkapi hidup kami berdua dan menambah bilangan ahli keluarga kecil saya. Tahun depan, sekitar bulan 7 saya akan dapat memegang seorang bayi yang comel dengan penuh kasih sayang. Sebab itu saya lucky:) 

Terlalu banyak sudah rezeki yang dikurniakan kepada saya dan suami. Alhamdulillah, Semoga kami sentiasa dilindungiNya dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Thanks.

No comments:

Post a Comment