Thursday, November 22, 2012

First UPT Test

Assalamualaikum w.b.t

Sebelum tu, tau x apa itu UPT? UPT adalah urine Pregnancy Test. Saya pun baru lah tahu sejak mula buat urine test tu..huhu..Macam mana saya boleh tergerak hati nak buat UPT tu?

Sebab ada rasa macam satu perasaan kata, bulan ni x period. Husband pun confident je, cakap bulan ni mesti pregnant.haha..macam tau-tau je dia. Dah tergerak hati nak buat UPT, tapi biarlah beberapa hari lagi kot nanti period pula. Sampailah malam tu tido termimpi-mimpi dah buat UPT dan keputusannya ada 2 line. maksudnya positive lah atau pun saya hamil. Jadi, pagi-pagi bangun terus capai UPT kit dan masuk toilet walaupun time tu masih ada beberapa hari sebelum tiba tarikh period . UPT ni seeloknya dibuat pada waktu pagi kerana pada waktu itu kepekatan hormon kita tinggi, kalau da petang kita da minum banyak air dia kan jadi cair lah pulak kan. 

Dengan sabarnya tunggu keputusan. baru tahu rupanya UPT strips ni bertindak macam thin layer chromatography. Urine kita akan diserap naik dan kalau kita hamil, akan timbul 2 lines. Agak lama jugak lah dalam 5 minit saya nampak line yang kedua muncul, tapi warnanya sangat pudar. Macam nampak x nampak je. Terus kejut husband tunjuk. Dia kata tak nampak pun line tu. Saya da kecewa sikit. Tapi x pelah, lain kali cuba lagi. Kemudian, terus siap-siap sembahyang subuh berjemaah.

Period cycle saya adalah normal dan tetap setiap bulan. Jadi, bila period untuk bulan october tak datang, saya mula gelisah. Kenapa boleh delay pulak, sebelum ni memang dia akan datang tepat pada masa. Dah ada rasa yakin sikit. Maka dengan tekadnya saya buat UPT lagi sekali. Hasilnya, ada 2 lines yang sangat terang warnanya. Alhamdulillah. cepat-cepat MMS gambar pada husband (kami kan PJJ). Jadi pergi kerja dengan hati bercampur baur perasaannya.

2 lines yang akan segera timbul kalau kita positive pregnant.

Seronok tu seronok lah, tapi ada juga rasa takut dan risau. Mampukah saya nak kandungkan baby ni 9 bulan? Hmmm, sampai pejabat ajak kawan teman pergi check kat klinik untuk kepastian. Klinik biasa pun boleh. Cuma untuk double check betul kah hamil ataupun syok sendiri je kan. Alhamdulillah doktor pun dah sahkan saya mengandung 5 minggu.

Jadi kesimpulannya, kalau dah perasan period tu datang lewat buatlah UPT. kat farmasi-farmasi ada jual. Watsons dan guardians pun ada. Jangan segan silu nak beli. Jangan peduli kalau ada orang nak pandang-pandang. Hello, Saya dah kahwin ye..hihihi..lepas da confirm ada 2 lines, pergilah pulak ke klinik berdekatan untuk reconfirmation. Sebab kadang-kadang bila kita nak buat buku merah nanti, orang kat sana akan tanya.
Nanti saya akan kongsikan pula macam mana nak buka buku merah dekat klinik kerajaan.

Thanks.

No comments:

Post a Comment