Thursday, November 22, 2012

First UPT Test

Assalamualaikum w.b.t

Sebelum tu, tau x apa itu UPT? UPT adalah urine Pregnancy Test. Saya pun baru lah tahu sejak mula buat urine test tu..huhu..Macam mana saya boleh tergerak hati nak buat UPT tu?

Sebab ada rasa macam satu perasaan kata, bulan ni x period. Husband pun confident je, cakap bulan ni mesti pregnant.haha..macam tau-tau je dia. Dah tergerak hati nak buat UPT, tapi biarlah beberapa hari lagi kot nanti period pula. Sampailah malam tu tido termimpi-mimpi dah buat UPT dan keputusannya ada 2 line. maksudnya positive lah atau pun saya hamil. Jadi, pagi-pagi bangun terus capai UPT kit dan masuk toilet walaupun time tu masih ada beberapa hari sebelum tiba tarikh period . UPT ni seeloknya dibuat pada waktu pagi kerana pada waktu itu kepekatan hormon kita tinggi, kalau da petang kita da minum banyak air dia kan jadi cair lah pulak kan. 

Dengan sabarnya tunggu keputusan. baru tahu rupanya UPT strips ni bertindak macam thin layer chromatography. Urine kita akan diserap naik dan kalau kita hamil, akan timbul 2 lines. Agak lama jugak lah dalam 5 minit saya nampak line yang kedua muncul, tapi warnanya sangat pudar. Macam nampak x nampak je. Terus kejut husband tunjuk. Dia kata tak nampak pun line tu. Saya da kecewa sikit. Tapi x pelah, lain kali cuba lagi. Kemudian, terus siap-siap sembahyang subuh berjemaah.

Period cycle saya adalah normal dan tetap setiap bulan. Jadi, bila period untuk bulan october tak datang, saya mula gelisah. Kenapa boleh delay pulak, sebelum ni memang dia akan datang tepat pada masa. Dah ada rasa yakin sikit. Maka dengan tekadnya saya buat UPT lagi sekali. Hasilnya, ada 2 lines yang sangat terang warnanya. Alhamdulillah. cepat-cepat MMS gambar pada husband (kami kan PJJ). Jadi pergi kerja dengan hati bercampur baur perasaannya.

2 lines yang akan segera timbul kalau kita positive pregnant.

Seronok tu seronok lah, tapi ada juga rasa takut dan risau. Mampukah saya nak kandungkan baby ni 9 bulan? Hmmm, sampai pejabat ajak kawan teman pergi check kat klinik untuk kepastian. Klinik biasa pun boleh. Cuma untuk double check betul kah hamil ataupun syok sendiri je kan. Alhamdulillah doktor pun dah sahkan saya mengandung 5 minggu.

Jadi kesimpulannya, kalau dah perasan period tu datang lewat buatlah UPT. kat farmasi-farmasi ada jual. Watsons dan guardians pun ada. Jangan segan silu nak beli. Jangan peduli kalau ada orang nak pandang-pandang. Hello, Saya dah kahwin ye..hihihi..lepas da confirm ada 2 lines, pergilah pulak ke klinik berdekatan untuk reconfirmation. Sebab kadang-kadang bila kita nak buat buku merah nanti, orang kat sana akan tanya.
Nanti saya akan kongsikan pula macam mana nak buka buku merah dekat klinik kerajaan.

Thanks.

Wednesday, November 21, 2012

Ice-breaking

Assalamualikum w.b.t

Wah, tajuk post macam tengah dalam team building pula. Nak ice breaking bagai kan..hihihii, Sebenarnya, post ni adalah untuk menceritakan sedikit perihal saya dan suami. Tetapi gambar kami tidak akan diupload kerana ini bukanlah blog untuk kami tetapi untuk si kecil yang bakal lahir ni nanti:)

Kenapa saya kata saya "lucky"? (Oh, sila jangan meluat apabila membaca ya..). Saya diijabkabul bersama suami pada bulan April 2012. Perkenalan saya dan suami selama 4 tahun akhirnya membawa kami kepada pembentukan sebuah keluarga kecil ini. Suami bekerja di Kuala Lumpur, saya pula di sebuah negeri di utara, PJJ lah senang kata. Berjumpa cuma seminggu sekali pada hujung minggu. Alhamdulillah, saya masih dapat bersama suami saya walaupun berjauhan, tidak seperti pasangan lain yang duduknya beberapa ratus kilometer lebih dari kami. Yang kadang-kadang berjumpa hanya sebulan sekali. Sebab itu saya lucky:)

Kami berdua bekerja. Kerjaya yang stabil dan insyaAllah menjamin masa depan kami sekeluarga. Saya dah berazam tidak mahu susahkan suami saya dari segi kewangan kerana saya mampu untuk mengatasinya. Tapi, suami tetap perlu bagi nafkah kan..hihih..Sebab itu saya lucky:)

Selepas 6 bulan honeymoon, kami dianugerahkan rezeki yang lain. rezeki yang sangat besar nilainya, sehingga tidak dapat dibeli dengan wang walaupun sekaya mana pun kita. Ada nyawa lain dalam badan saya sekarang.:) Nyawa ini lah yang bakal melengkapi hidup kami berdua dan menambah bilangan ahli keluarga kecil saya. Tahun depan, sekitar bulan 7 saya akan dapat memegang seorang bayi yang comel dengan penuh kasih sayang. Sebab itu saya lucky:) 

Terlalu banyak sudah rezeki yang dikurniakan kepada saya dan suami. Alhamdulillah, Semoga kami sentiasa dilindungiNya dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Thanks.

First post

Assalamualaikum w.b.t

Ini adalah post pertama saya. baru nak berjinak-jinak dalam penulisan blog. Sebelum ni dah pernah ada rasa nak tulis blog, tapi tak ada ide nak menulis. Tapi sekarang InsyaAllah, saya akan menulis blog saya tentang pengalaman saya dalam mengandungkan anak pertama saya dan mungkin anak yang seterusnya:).

Diharapkan blog ini dapat menjadi panduan kepada sesiapa di luar sana yang ingin mencari maklumat tentang kehamilan. Seperti saya juga, sering membaca blog yang lain untuk mengetahui tentang perihal kehamilan bakal-bakal ibu.

Saya ingin menulis sebagai kenangan apabila baby saya sudah besar nanti. Keseronokan yang hanya dapat dirasai bila Allah mengizinkan saya untuk memperolehi zuriat. Alhamdulillah di atas rezeki yang dikurniakan dan insyaAllah saya dan suami akan menjga amanah ini dengan sebaik mungkin.

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada dalam perutku,dan sihatkanlah ia. 
Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah, keluarkanlah ia dari perutku dengan mudah dan selamat.
Ya allah, rupakanalah atau bentukkanlah ia yang ada di perutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah hatinyaberiman kepada Engkau dan kepada RasulMu.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkan lisannya, baguskan suaranya untuk membaca Al Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah S.W.T.

Thanks.