Friday, May 31, 2013

Kronologi Pemeriksaan Kandungan-3

Kejap je kandungan dah masuk 7 bulan..kalau ikutkan, lebih kurang 3 bulan lagi akan bersalin. Tapi sebelum bersalin tu, nak sambung cerita pengalaman checkup.

8 April 2013

Pemeriksaan bulanan yang keenam
Minggu : 28 minggu
Berat Badan : 45 kg
HB : 10.4 g/dL
Tekanan darah : 90/60
Tinggi rahim : 28 cm
Urine : Normal
Degupan jantung bayi : 146/min

Hari ni checkup untuk 7 bulan. Bacaan HB masih rendah. Tapi nurse tu relax je sebab memang normal darah ibu akan jadi cair tapi kena pastikan bacaan tu tidak turun dengan mendadak sehingga mencapai tahap anemia. bahaya untuk ibu dan juga bayi kerana boleh mengakibatkan kematian kedua-duanya. Gerun bila dengar. Nurse ada bagi phamplet berkaitan kurang darah semasa hamil. kena ambil masa dan baca. lepas ni kena usaha tambahkan HB dalam darah. hari ni juga, nurse dah start dengar degupan jantung baby menggunakan daptone. Bacaannya okay, tiada masalah.

Saya dirujuk doktor untuk melihat keputusan terhadap sample urin dan najis yang dihantar. Juga tiada masalah Semuanya normal. Oleh sebab itu, doktor tingkatkan dos ferrous fumarate sebanyak 4 biji sehari. 2 biji x 2 kali. Banyak kan. telan saja lah, yang penting kesihatan saya dan baby. Bila dah capai 28 minggu kehamilan, pemeriksaan bulanan akan menjadi pemeriksaan 2 minggu sekali. jadinya, setiap 2 minggu lah kena datang klinik dan check perut. Juga sudah mula untuk membuat carta pergerakan bayi. Dalam masa 12 jam bermula pukul 9 pagi sehingga 8 malam, pergerakan bayi mesti cukup 10 kali. kalau lebih tak apa, jangan kurang. pergerakannya pula mesti yang kuat. kalau perlahan tu tak dikira ya.


Ini carta pergerakan baby saya. Setiap hari kena buat tau...

Selepas selesai sesi dengan nurse, kena jumpa doktor untuk scan. Kat sini x de lah scan untuk tahu jantina, cuma untuk mengetahui tahap kesihatan dan kedudukan baby dalam perut..Masa ni berat baby saya adalah 1.3 kg +/- 0.2 kg. Owh ya, hari ni juga ambil suntikan ATT dos yang kedua. Suntikan kali ni x berapa sakit sangat dan lenguh tangan pun tak lama. Mungkin dah lali masa pertama kali dulu. Yang lain semuanya okay. Alhamdulillah.

22 April 2013

Pemeriksaan 2 kali seminggu
Minggu : 30 minggu
Berat Badan : 45.7 kg
Tekanan darah : 100/60
Tinggi rahim : 30 cm
Urine : Normal
Degupan jantung bayi : 142/min

Hari ni tak ambil darah. Cuma check perut sahaja. Tekanan darah, berat dan urine macam biasa. Nurse bagi penerangan ringkas berkenaan penyusuan susu ibu. Dalam hati memang dah bertekad nak susukan baby sampai 2 tahun. Tak pe, berjaya atau tidak biar masa yang tentukan. Yang penting dah ada azam dan semangat...hehhee...

27 April 2013

Pemeriksaan  @ Lawatan ke rumah
Minggu : 31 minggu
Tekanan darah : 100/60
Tinggi rahim : 30 cm
Urine : Normal
Degupan jantung bayi : 130/min

Haaa..yang ni memang tak disangka-sangka. Tengah kami suami isteri bersiap nak balik KL, tiba-tiba ada kerete berhenti depan rumah. keluarlah seorang berpakaian seragam putih dan muka memang saya kenal.Owh, nurse klinik rupanya. Dia datang untuk buat lawatan ke rumah dan juga pemeriksaan ibu. kat ruang tamu tu juga kena baring dan dia buat prosedur macam kat klinik. Ukur perut, check tekanan darah, dengar degupan jantung baby. Memang bagus klinik kat sini, siap datang rumah. Prosedur mungkin...


7 Mei 2013

Pemeriksaan bulanan yang ketujuh
Minggu : 32 minggu
Berat Badan : 45.3 kg
HB : 10.6 g/dL
Tekanan darah : 90/50
Tinggi rahim :32 cm
Urine : Normal
Degupan jantung bayi : 142/min

Bacaan HB naik lah sikit dari bulan lepas. Tapi....ada masalah lain. Mungkin disebabkan cuaca yang sangat panas sekarang, tahap kesihatan saya tidak memuaskan. Batuk dan selesema berlarutan selama 3 minggu. Oleh sebab itu, doktor minta saya bagi sample kahak untuk kenalpasti masalah. nurse dengan doktor kat sini sangat lah particular dengan benda-benda macam ni. Macam-macam sample dia minta kita bagi.Kali ni kahak pula dah..adoi..Kerana baby ku turutkan. masuk toilet keluarkan kahak dan bagi. Esoknya kena hantar 2 lagi sample kahak.

Pengambilan ubat seperti biasa. 4 biji ferrous fumarate dalam sehari dan yang lainnya sebiji sehari. Masalah lain tiada :)...Alhamdulillah.

20 Mei 2013

Pemeriksaan 2 kali seminggu
Minggu : 34 minggu
Berat Badan : 45.8 kg
Tekanan darah : 90/50
Tinggi rahim :34 cm
Urine : Normal
Degupan jantung bayi : 138/min

Macam biasa, pemeriksaan 2 minggu sekali tak ambil darah. Cuma check perut, urine, tekanan darah dan berat. Hari ni kena rujuk doktor untuk review keputusan berkaitan sample kahak (sputum) yang dihantar. Keputusannya, tiada masalah atau negative. lagipun batuk dan selsema saya dah semakin okay.

Fuhhh...habis juga update kisah pemeriksaan kandungan di klinik kesihatan ni. Saya masih teruskan pemeriksaan cuma next checkup adalah pada 3 Jun 2013. So, lepas tu baru boleh update lagi. Masa tu kandungan dah 9 bulan. Bila-bila je boleh bersalin ni..

Okaylah, nanti cerita lagi..

Thanks.

Kronologi Pemeriksaan Kandungan-2

Nak sambung dari entry yang lepas. Dah masuk tahun 2013 masa ni. Kejap je rasa..

4 Januari 2013

Pemeriksaan bulanan yang ketiga
Minggu : 14 minggu
Berat Badan : 40.7 kg
HB : 11.6 g/dL
Tekanan darah : 100/60
Urine : Normal

Checkup kali ni juga tak de apa-apa masalah.Semua okay. Macam biasa ambil 4 jenis ubat tu and kena habiskan.

7 Febuari 2013

Pemeriksaan bulanan yang keempat
Minggu : 19 minggu
Berat Badan : 42 kg
HB : 11.2 g/dL
Tekanan darah : 100/70
Tinggi rahim : 20 cm
Urine : Normal

Haaa...nampak tak berat tu ditulis dengan warna merah. Patutnya kena naik 0.5 kg sahaja dalam masa sebulan tapi saya ni dah naik sampai 1.3 kg. Tapi kan saya rasa penimbang tu salah lah..huhu..nak buat macam mana, dah nurse tu yang timbangkan. Disebabkan ini, saya harus dirujuk doktor. Bila jumpa, dah dapat pula tarikh untuk minum air gula (MGTT). Ni sebab suspect diabetis lah, berat naik mendadak. Selain tu, kena check tekanan darah 3 hari sekali dalam masa dua minggu. Nak check tekanan darah ni tak semestinya kena pergi klinik tu sahaja, boleh pergi mana-mana klinik atau hospital yang berdekatan dengan kita. Kalau ada farmasi yang sediakan khidmat tu pun boleh pergi. Bagitahu sahaja nak check blood pressure.

Dapat tarikh 18 Feb untuk buat MGTT. malam sebelum tu dah kena puasa start pukul 10 malam.

18 Febuari 2013

Hari untuk buat MGTT. Seawal pukul 7.45 pagi dah ambil no giliran. Lepas tu terus jumpa nurse dekat bilik biasa. Nurse ambil darah dulu kemudian minum air gula. Satu mug besar penuh. Perasa oren kot, tapi manis berganda-ganda. Saya minum sekaligus dalam satu nafas. Tak nak tangguh-tangguh. Tahan je lah apa pun rasa yang masuk dalam tekak ni..hehee..5 minit je habis air gula tu. Lepas anta sample darah yang pertama tadi, saya balik rumah sebab nak kena tunggu 2 jam lagi baru boleh ambil darah yang kedua. nurse pesan, jangan minum air atau muntah. Kalau tak kena minum lagi sekali..Sanggup ke?

Dalam pukul 10 pergi semula klinik, dan ambil darah yang kedua. Selesai lah MGTT yang paling ditakuti tu..hahaha..Lepas tu masuk kerja lah..mana dapat MC walaupun pening kepala teramat sangat minum benda manis. memang rasa nak termuntah, tapi bertahan je lah.kena kuatkan diri lah ya. Jangan manjakan sangat.

21 Febuari 2013

Berat Badan : 43 kg
Tekanan darah : 100/60
Urine : Normal

Hari ni temujanji dengan Dr untuk tengok keputusan MGTT yang lepas. 

Fasting blood sugar = 3.9 mmol/l (3.5-6.1)
2HPP blood sugar = 5.1 mmol/l (<8.0)

Ini bermaksud sebelum minum air gula tu kandungan gula dalam darah yang normal adalah antara 3.5-6.1 mmol/l. Manakala selepas minum air gula pula sepatutnya bacaan tu tak boleh lebih dari 8mmol/l. kalau yang lebih tu lah maknanya ada diabetis. Alhamdulillah, bacaan gula dalam darah saya jauh dari garisan kritikal. Jadi, doktor kata tak ada diabetis, mungkin terlebih selera makan je time mengandung ni..hahaha..tak pe lah doktor, saya akan kurangkan makan nasi.

7 March 2013

Pemeriksaan bulanan yang kelima
Minggu : 23 minggu
Berat Badan : 43.8 kg
HB : 10.8 g/dL
Tekanan darah : 100/50
Tinggi rahim : 24 cm
Urine : Normal

Hailaa....satu lagi tulisan berdakwat merah. bacaan hemoglobin dalam darah (HB). Sepatutnya kena atas dari 11. tapi ni dah turun. Tau tak apa padahnya kalau keputusan HB macam ni? Saya kena bagi sample urine dan najis. Fikir-fikir, macam mana nak bagi sample najis tu. memang klinik ada bekalkan bekas nak isi sample tu, tapi macam mana nak buat..hahha..pandai-pandailah kreatifkan diri. Nurse bagitau, sample najis tu bertujuan untuk tengok samaada dalam perut kita ni ada cacing atau tak, sebab cacing adalah salah satu punca darah jadi cair. najis tu pula bukan bagi yang besar-besar...hahhaaa...diorang cuma nak sebesar biji kacang hijau sahaja dan najis tu pula mesti yang baru. Sebab kalau dah semalaman kita simpan, kemungkinan telur cacing dalam najis kita dah kecut. Jadi tak dapat nak kenalpasti samaada ada cacing atau tak..Gelikan..tapi tu lah hakikatnya...

Selain tu, hari ni juga kena suntikan ATT dos yang pertama. Kalau kehamilan anak pertama kita kena ambil 2 dos suntikan. Disebabkan bacaan HB dah turun, saya kena makan ubat ferrous fumarate tu 2 biji sehari berbanding sebelum ni hanya sebiji sehari. Ubat-ubat lain macam biasa, sebiji sehari.

Penangan suntikan ATT tu memang sakit juga. Rasa lenguh-lenguh tangan hampir 3 hari. Nak tarik handbrake kereta, nak angkat tangan kiri, nak tidur mengiring kekiri memang payah. Rasa macam ada batu je dekat bahu kiri ni..Tapi lama-lama sakit tu hilang sendiri. Jangn risau.:)

Hohoho..dah panjang entry part 2 ni..Saya sambung dalam part 3 pula lah ya...

Thanks.


Thursday, May 30, 2013

Kronologi Pemeriksaan Kandungan-1

Kali ni nak cerita berkenaan keputusan ujian pemeriksaan saya pula. Selama 8 bulan mengandung ni macam-macam pengalaman check-up dah lalui. Jom baca :)

7 November 2012

Hari pertama pergi KK buka buku merah (pink).
Minggu : 6 minggu
Berat Badan : 38.5 kg
HB : 11.6 g/dL
Tekanan darah : 90/60
Urine : Normal

Oleh kerana berat badan kurang dari 45 kg, saya diberi pelekat warna hijau dan ditampal didepan buku merah tu. Juga dirujuk Dr untuk masalah yang sama. tapi x de apa pun, mungkin prosedur memang macam tu. Kalau ada faktor risiko, kita akan dirujuk kepada Dr.. Dr tetapkan 21/11/12 untuk buat scan yang pertama. Dr kata sekarang baru 6 minggu, janin kecil lagi mungkin tak akan nampak. jadi masa 8 minggu kena datang lagi untuk scan. Nurse juga akan bagi kita tarikh temu janji yang lain untuk check perkembangan kesihatan kita. Sebulan dari tarikh ni iaitu 5/12/12.

21 November 2012

Hari pertama scan baby.
Minggu : 8 minggu
Berat Badan : 39 kg
Tekanan darah : 100/70
Urine : Normal

Hari ni tak payah ambil darah sebab janji temu untuk scan sahaja. Kalau nak scan pastikan pundi kencing penuh jadi, senang nak nampak baby.Dah nampak kantung dan janin. Janin masa tu sangat kecil macam biji kacang je. Tak percaya dah ada baby kecil dalam perut saya. Alhamdulillah :) Hari ni juga Dr bagi tarikh lain untuk scan kali kedua.


Dalam bulatan merah tu adalah kantung dan dalam kantung tu ada janin..nampak tak?


5 Disember 2012

Pemeriksaan bulanan yang kedua
Minggu : 10 minggu
Berat Badan : 39.5 kg
HB : 11.8 g/dL
Tekanan darah : 100/60
Urine : Normal

Hari ni datang checkup macam biasa. Pukul 7.45 pagi dah tunggu untuk ambil nombor giliran. Kat sini servis okay, tak lama sangat kena tunggu. Nurse pun baik-baik semuanya. tak de apa sangat checkup kali ini. kejap je dah selesai. Macam biasa kena ambil 4 jenis ubat tu.

13 Disember 2012

Scan yang kedua
Minggu : 11 minggu
Berat Badan : 38.5 kg
Tekanan darah : 100/60
Urine : Normal

Seperti yang ditetapkan, hari ni kena datang untuk repeat scan. Mula-mula Dr perempuan yang scan, tapi dia  tak sure dengan apa yang dia nampak. Dia kata dia nampak ada 2 kantung, maksudnya ada baby kembar. So, dia panggil pula Dr yang lain. Dr lelaki india. Dr tu kata bukan kembar, mungkin urine wall...hehhee..terkejut kejap kalau dapat baby kembar. Yang lain-lain tiada masalah.

25 Disember 2012

Minggu ni dah masuk 13 minggu kandungan saya. Hari ni bukan scan kat klinik kesihatan, tapi scan dekat klinik biasa. Saja nak bagi husband tengok macam mana baby kat dalam perut. Dia tak pernah tengok. Puas kami cari klinik yang ada Dr perempuan sebab hari cuti krismas jadi banyak Dr tak ada. Bila scan dah nampak bentuk baby. Dr tu siap tunjuk tulang belakang, jari tangan dan kaki. Baby jugak dah pandai gerakkan tangan dia :) Nak tergelak pun ada tengok pergerakan baby. Comel sangat. Dr nasihatkan supaya tambahkan berat  badan..hehhe..ye lah tak sampai 40 kg pun masa ni.

Dalam bulatan merah tu adalah baby:)

Okay, setakat ni dululah..nanti sambung lagi dalam Part-2.

Thanks.

Wednesday, May 29, 2013

Pemeriksaan Kandungan Di Klinik Kerajaan

Sudah lama tak menulis di blog ni. Sebenarnya lupa password..ada ke patut. Sekarang dah ingat bolehlah menulis lagi. Dalam post sebelum ni, dah janji nak cerita berkenaan pemeriksaan kandungan di klinik kerajaan. jadi kenalah tunaikan janji. Untuk peringatan kepada diri sendiri jugak dan juga kepada sesiapa yang terbaca blog ni.

First sekali, selepas dah confirm kita pregnant kita boleh lah pergi ke klinik kesihatan berhampiran dengan rumah kita. Pastikan klinik itu ada sediakan perkhidmatan untuk pemeriksaan ibu hamil. Walaupun tempat kerja jauh dengan rumah dan tak sempat nak buat check up kat sana, kita still kena buka buku merah(pink) di sana. Lepas dah ada buku, barulah boleh tumpang klinik kesihatan yang berdekatan dengan tempat kerja kita pula. Seawal minggu kelima dah boleh buka buku tu jadi, kesihatan kita dan baby akan di ketahui secepat mungkin.

Bagi yang tiada masalah kesihatan seperti berat badan berlebihan, anemia, diabetis dan yang lain-lain, pemeriksaan akan dilakukan sekali dalam sebulan. Setiap kali datang perkara wajib yang dibuat adalah pemeriksaan air kencing, tekanan darah, pemeriksaan darah (Hb), dan timbang berat badan. Dalam masa 5 bulan pertama berat kita sepatutnya hanya naik 0.5 kg @ 500 g sahaja dalam sebulan. Kalau lebih, nurse akan suspect kita ada diabetis. Bila dah kena suspect kenalah kita minum pula air gula (MGTT). Hari sebelum kena minum air gula tu kita kena puasa bermula pukul 10 malam sehingga pagi esok.

Seeloknya datang seawal  pagi untuk minum air gula tu. Kena puasa ya. Pertama, nurse akan ambil darah kita dan selepas tu baru kita start minum air gula. Dah nama air gula memanglah manis sesangat, Tapi minumlah cepat-cepat sekaligus. jangan tangguh-tangguh, sebab nanti rasa nak termuntah dan tak sanggup nak minum dah..hehehe.Lepas minum, kena tunggu 2 jam lagi. Tak boleh makan dan minum juga. Kalau rumah dekat boleh lah balik tidur dulu ke, nak tunggu kat sana pun boleh. Lepas 2 jam jumpa nurse semula dan darah akan diambil sekali lagi. lepas tu, selesailah urusan minum air gula. Keputusan ujian akan diberitahu semasa appointment yang seterusnya. kalau keputusan tiada masalah, appointment kita akan ditetapkan sebulan sekali, kalau sebaliknya 2 minggu sekali lah. Selain tu, 2 hari sekali kena check tekanan darah. Lecehkan kalau suspect diabetis, jadi kawal lah berat badan anda..hehehe...

Berkenaan dengan ujian darah (Hb) pula, sebagai wanita hamil sepatutnya bacaan yang bagus adalah lebih dari 11g/dL. Kalau kurang kenalah pula suspect anemia. Tapi memang normal kalau bacaan tu turun tapi kena consume ubat lah. Ferrous fumarate yang warna coklat tu..Klinik akan bagi 4 jenis ubat. Acid folik, Vitamin B-Complex, Ferrous fumarate dan juga Vitamin-C. Untuk kebaikan diri dan baby rajin-rajin lah makan ubat ya..

Kepada bakal-bakal ibu sekalian, jagalah kesihatan diri dan juga makan makanan yang berkhasiat supaya baby kita pun akan dapat nutrient yang secukupnya untuk tumbesaran dia di dalam perut kita ni:) Nanti saya sambung lagi berkenaan pemeriksaan kandungan ni ya.

Thanks.